Thursday 25 August 2016

Boy (best)friend

Image result for boy best friend picture


Dia meletakkan kembali buku yang dibeleknya. Sudah hampir satu jam Sarah berada di kedai buku itu namun dia belum pasti buku mana yang hendak dibeli.

"Hey," satu suara menegur.

Seorang lelaki berkemeja hitam berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu melemparkan senyuman.

Satu senyuman gembira bercampur sedih.

"Adam.." Sarah terkedu. Dia mengenali jejaka itu. 'Pernah' mengenali.

..

Cinta pertamanya yang ditinggalkan 7 tahun lalu, kini berdiri betul-betul dihadapan mata.

"Sarah, right?" Adam meminta kepastian.

Penampilan wanita itu telah banyak berubah sejak kali terakhir mereka bertemu. Shawl labuh dan blouse, Sarah berkaca mata sekarang. Bukan perempuan yang hanya selesa memakai baju kurung dan belerang '60 yang dikenalinya dulu. Tetapi gaya sarah tidak banyak berubah, itu lah yang memudahkan Adam untuk mengenalinya.

"Uh.. yeah." Sarah mengalihkan pandangan.

Kalau ikutkan dia mahu beredar dari situ tetapi entah kenapa, tubuhnya seolah-olah kaku. Minda dan hatinya seakan berbalah. Dia menunggu Adam meneruskan kata.

"Are you.. busy?" tanya Adam.
"Nope," jawab Sarah ringkas.
"Jom, teman aku lunch,"

Sarah senyap. Memang dia belum makan tengah hari. Tapi..

Adam masih menunggu jawapan.

Sarah tahu dia tidak patut pergi berdua dengan lelaki itu. Dia masih ragu-ragu sama ada untuk setuju atau tidak. Sudah bertahun dia dan Adam tidak berjumpa. Jauh di sudut hati, sudah tentu dia ingin tahu sedikit sebanyak tentang perkembangan Adam.

Selepas berfikir seketika, Sarah hanya bersetuju. "Okay,"

Mereka berjalan menuju ke food court. Kerana suasana di situ lebih umum. Tidak manis jika dia dan Adam kelihatan berdua-duaan di cafe yang memang selalunya agak lengang berbanding food court.

Setelah membeli makanan masing-masing, mereka duduk berhadapan. Sarah sekali lagi menunggu Adam memulakan bicara, masih tidak berubah dengan egonya yang dulu. Tidak sama sekali dia akan memulakan perbualan dengan lelaki.

"You've changed.." Adam memecah kesunyian.
"Well, we developed."

Adam senyum.

"So. whats up?" tanya Sarah.
"Finished my dip, sekarang aku kerja kat MultiTech Bhd,"
"Wow, thats big," Sarah kagum. "Tak sambung study?"
"Experience is more important," tegas Adam.

Masih tak berubah, getus Sarah.

"You? Hows life?"
"Good. Currently in UM. Degree. Final year,"

Adam mengangguk.

Dia terpandang tangan Sarah. Sudah lama dia perhati dalam diam. Sarah memakai sebentuk cincin pada jari manis tangan kanannya.

Sarah yang perasan arah pandangan Adam menyembunyikan tangannya.

"Dapat orang mana?"

Sarah senyum. lalu tergelak. Adam pelik.

"Aku saja je la pakai cincin ni. Nak jaga.." jelasnya.
"Oh.." respon Adam ringkas.

"Aku belum jumpa mana-mana pilot lagi lah,"
"Pilot?"
"Yeah. Aku nak husband pilot."
"What?" Punah harapan Adam mendengar hajat Sarah. "Kau tak kisah ke nanti asyik kena tinggal?" bidasnya.

"Nope," jawab Sarah. "Aku dah biasa seorang-seorang. Plus, moments yang jarang tu la yang precious. Its not like I cant do other things at home anyway. Aku boleh lawat mak ayah aku, luang masa dengan diorang even dah berumahtangga, or, run a business or something. Untung-untung boleh fly dengan dia sekali. Gaji pilot pun bukan sikit," terang Sarah panjang lebar.

Adam senyap. Dia sama sekali tidak mengetahui apa-apa tentang course aviation, jauh sekali ingin menjadi seorang pilot.

Mereka terus menjamah makanan masing-masing. Tiba-tiba telefon bimbit Sarah berdering.

Dia menjawab, "Hello?"
"Yow Sarah. You kat mana?" Fauzan yang berada di hujung talian bertanya.
"Kat food court mall ni. Kenapa?"
"I lupa nak ambik pendrive tadi. Pada you kan?"
"Astaghfirullahalazim, ha'ah pada I. Sory sangat lupa nak bagi,"
"Takpe lah, I U-turn jap. Tunggu area 10 mins?"
"Okay, in syaa Allah,"

Sarah mematikan telefon.

"Why?" tanya Adam.
"Oh, nothing just. Aku lupa nak bagi PD kat kawan aku. Tadi pagi ada group discussion, after tu yang aku singgah ke kedai buku jap,"

Adam mengangguk faham.

"Eh by the way Sarah, nak number,"
"For what?"
"Mana tau kalau ada apa-apa.."
Sarah tidak pasti, "Tak ada apa-apa lagi kot,"

Keengganan Sarah hanya membuat Adam terdiam. Dia tidak ingin memaksa, walaupun jauh di sudut hati dia masih ingin berhubung dengan wanita itu.

Sarah perasan perubahan pada riak wajah Adam. Dia serba salah.

"I'm afraid your 'someone' akan marah nanti," aju Sarah.

Adam berkerut. Dia belum ada 'someone' seperti yang di katakan.

"I bet you've met a new girl, right? 7 tahun kot.."
Senyap seketika. "Well.. there is this one.." bohongnya. Dia tidak mahu kelihatan seperti bertepuk sebelah tangan. Ego lelaki.

Sarah terdiam. Statement Adam membuatkan dia berasa sesuatu. Butterflies in her stomach. Cemburu? Takkanlah.

Dia tidak pasti apa yang dia rasakan.

"Official?" tanyanya.
"Nope.. not yet," Adam meneruskan kata. "But its okay. Dia bukan jenis yang cemburu buta so, we can have each others' numbers; if you dont mind,"
Sarah berfikir semula. Baginya mungkin tidak mengapa kerana Adam tiada apa-apa perasaan lagi terhadapnya. "Okay, sure," setujunya tanpa berfikir panjang.

--

Fauzan memerhati dari jauh. Dia hampir tidak percaya apa yang dilihatnya. Sarah berdua dengan seorang lelaki.

Dia berjalan menuju ke mereka berdua.

"Tak cakap pun you dah ada boyriend?" tegurnya terus dengan nada gurau.
"Kawan lama la," jelas Sarah.

Fauzan memandang Adam sambil meghulurkan tangan, "Fauzan. Kau?"
"Adam," dia menyambut tangan Fauzan.
"Mind if I join?" dia memandang Sarah.
"Uhm no." jawab Sarah. "Come and sit,"

Fauzan duduk di sebelah Adam. "So how long have you guys known each other?" tanya nya kepada mereka berdua.
"High school," respon Sarah.
"Oh," Fauzan memandang Adam. "What you do, mate?"
"Just a newbie at MultiTech," jawab Adam.
"Cool," puji Fauzan. "Yknow, I was a techno geek-"
"You still, a techno geek I knew 3 years ago," sampuk Sarah.
"Shut," Fauzan bengang. Sarah tergelak. "Anyway, any new stuff?"
"Yeah. You like photography?"
"Absolutely," Fauzan teruja.
"OhmyGod I'm out," Sarah menyerah. Dia tahu dia tidak akan dapat memahami apa-apa apabila dua orang lelaki itu hendak mula bercakap tentang technology.

Adam tergelak. Dia kembali focus kepada Fauzan. "You should check this new DSLR out. I swear its bae,"
"Tell me bout it,"

Sarah terus menjamah makanan nya tanpa cuba memahami perbualan dua orang jejaka itu.

Tiba-tiba Fauzan mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Vibrate. Excuse me," Fauzan meminta izin dan pergi ke suatu sudut untuk menjawab pangilan.

Sarah dan Adam berdua lagi di situ. "Rancak," tegur Sarah.
"Yeah. Minat sama tu yang boleh masuk," jelas Adam.

Tiba-tiba telefon bimbit Sarah vibrate. Satu mesej whatsapp masuk. daripada Fauzan. Sarah berkerut. Dia membuka mesej itu.

"Go while I'm here,"

Mesej tersebut ditenung lama. Sarah mengalihkan pandang ke Fauzan yang telah menutup telefonnya dan sedang berjalan ke arah mereka berdua.

Adam memandang Sarah yang kelihatan risau. "Why Sarah?" tanya Adam.

Belum sempat Sarah respon, Fauzan menepuk bahu Adam. "Sory, kawan aku call tadi," tipu Fauzan. "Where were we?" Dia duduk.

Mereka meneruskan perbualan. Sarah mengawal riak mukanya. Dia meminum segelas air dan mengeluarkan pendrive yang ingin diserahkan kepada Fauzan.

"I think.. I need to go now." Sarah meletakkan pendrive tersebut di atas meja, di hadapan Fauzan. Dia memandang Adam. "Whatsapp masuk tadi. Risau," jelasnya. Kata-katanya dijaga supaya tidak berbohong.

"Oh. Okay. Have a safe drive." kata Adam.

Sarah hanya senyum. Dia memandang Fauzan. Mereka bertentang mata tanpa berkata apa-apa, tetapi seolah-olah berbicara melaluinya.

Sarah beredar. Mata Adam tidak lepas daripada memandang wanita itu yang sedang berjalan pergi.

"Kau.. ada perasaan kat dia?" tegur Fauzan.
"Huh? Takde lah," Adam mengalihkan pandangan ke meja di hadapannya.
"Mata kau cakap lain,"

Adam senyap.

Fauzan meneruskan kata-kata, "Sarah tu.. bijak, cantik, baik. Aku tak pelik kalau lelaki yang dah kenal dia suka kat dia."
"Mesti dia ramai peminat kat uni?"
"Ofc. Tapi, ye la. Perempuan macam tu.. diorang minat tapi tak ganggu. Tak macam perempuan lain yang seolah-olah memang meminta untuk dikacau,"
Adam senyum. "Kau?" ajunya.
"Aku?" Fauzan gelak kecil. "Kawan je kot," jawabnya. "Yknow, umur macam ni, aku nak cari untuk serious terus. Sebenarnya aku tengah cari seorang wanita yang mampu membentuk generasi aku untuk menjadi peneraju, pencetus, atau pemimpin ummah. Dan.. aku tak rasa Sarah dah bersedia untuk itu." terangnya panjang lebar. "She's still focusing on herself."

Adam masih diam.

"Aku tau, perempuan ni fitnah bagi lelaki. Tapi bagi aku, kita lelaki ni pun kalau boleh janganlah jadi fitnah kepada perempuan," nyata Fauzan.

Dia mengambil PD nya. "Okay, aku ada kerja yang perlu di settle kan. Gerak dulu," Fauzan meminta diri.

"Eh jap," Adam menahan. "How can we contact? Aku ada benda nak tanya,"

**

Fauzan baring di katilnya. Penat. Kerjanya masih berbaki tetapi dia mengambil keputusan untuk berehat seketika. Telefonnya dicapai. Sejak balik dari pertemuannya dengan Adam siang tadi Fauzan belum membuka whatsapp nya.

Terdapat satu mesej daripada Sarah.

"Its public."

Sarah membela tindakannya siang tadi. Fauzan menggeleng perlahan. Mesej tersebut dibalas.

"You're from a religious school, Sarah. I dont really need to say anything."

Sent.
Fauzan hendak menutup whatsapp apabila satu mesej baru masuk. daripada Adam.

"Assalamualaikum bro.
Ni aku nak tanya sikit.
Regarding to your statement siang tadi,
.. Macam mana nak tak jadi fitnah kepada perempuan?"

"Waalaikumsalam.
Why kau tanya macam tu?"

"Sebab..
 aku pergi mana-mana mesti akan ada girl yang attracted dengan aku.
padahal aku takbuat apa-apa pun yang boleh menarik perhatian diorang."

Jelas Adam. Sebagai seorang yang agak kacak, memang ramai perempuan yang meminatinya, sehingga kadang kala dia berasa rimas. Kata-kata Fauzan pada siang tadi memberinya harapan, ditambah dengan perwatakan Fauzan yang menarik dan islamic, membuatkan Adam yakin untuk meminta pendapatnya.

Fauzan tergelak.

"Bro..
Statement aku siang tadi tu.. mmg la mcm umum.
Tapi sebenarnya.. aku khaskan itu untuk kau. dan Sarah,"

"Maksud kau?"

"Look, aku taktau la Sarah yang kau kenal dulu macam mana tapi
Sarah yang aku kenal sekarang, sangat menjaga.
Makan dengan ajnabi berdua macam tu... Thats not her bro.
Hatta kalau after group discussion pun if one of our boys members ajak dia makan berdua dia tolak
Aku taktau la apa sejarah kau dengan dia. Tapi sorry to say, kalau kau takde niat nak serious, aku mintak tolong
Jangan kacau dia.
Kau pun tau kan, kau nampak sendiri, bukan senang nak jumpa muslimah yang menjaga sekarang
So tolonglah
Kesiankan lah dia."

**

Sarah menutup whatsapp selepas membaca mesej daripada Fauzan. Dibiarkan mesej itu tanpa dibalas. Sarah sedar, apa yang dibuat nya siang tadi memang salah.

Dia membuka kenalan. Ditenungnya nama Adam. Sarah mengeluh. Kenapa dia masih lemah dengan jejaka itu?

"Sarah!" Pintu biliknya diketuk. Kedengaran Syu memanggil namanya.

Sarah membuka pintu biliknya dan melihat Syu berdiri dihadapan.

Sarah mengangkat keningnya sebagai isyarat 'ada apa?'

"Kau okay?"
"Okay je. Asal?"

Syu menunjukkan telefon bimbit yang dipegangnya. Skrin memaparkan satu whatsapp daripada Fauzan kepada Syu,

"Jaga Sarah elok2,"

Sarah terkedu.

Fauzan menggunakan orang lain untuk memastikan Sarah terjaga. kerana mereka ajnabi dan Fauzan tidak 24 jam bersama Sarah.

Dia memandang semula housemate nya. "Aku okay je la Syu. Takde ape pun,"
"Serious?" Syu meminta kepastian. "Kau jangan stress sangat tau. Kalau ada apa-apa aku ada je dekat sini, okay?"

Sarah mengangguk. Dia senyum.

"Aku nak sambung kerja tu sikit. Nanti dah bosan aku keluar bilik," kata Sarah.
"Alright."

Pintu bilik ditutup. Dia kembali ke tempat duduknya tadi dan mengambil telefon bimbit. Masih memaparkan nama Adam.

..

7 tahun lalu. Sarah meninggalkan Adam untuk menjaga hatinya daripada ternoda. Dia ingin menyimpan hatinya hanya untuk Pencipta. Kini sekali lagi jalan mereka bersilang, takkan dia ingin berpaling?

Tidak. Tidak sama sekali.

Sarah membuka kenalan tersebut.

Adam
..

Delete.

Dia menghela nafas lega. Syukur. kerana masih dikurniakan seorang sahabat seperti Fauzan. Sarah tersenyum. Dia bermonolog sendiri.

'Thanks bro,'


Friday 1 July 2016

Like, Crush, Love,... Love?




I dont use real names in this true story.

***

Aku berjalan menuju ke sufi (surau firdaus) selepas mengambil wudhuk. Di hadapan pintu aku terserempak dgn Fina.
 
“Eh, weh.” Dia menegur.
“Yow. Asal?”
“Uhm. Takde ape la. Taktau nak cakap ape.”
“Mengada ar. Nk ckp ape?” Aku tau dia mmg nak ckp something sebenarnya.

Fina macam mencari tmpt.
“Sini lah jap,” Dia mengajak aku masuk ke dalam.

Kami duduk tak jauh dari pintu masuk.

“Aku nak kau bezakan minat, suka, cinta dengan sayang. Versi kau ea, taknak versi org lain.” She said.

Aku tersenyum. “Budak tomato.”

Kami tergelak. Teringat satu bab dlm buku Esc. penulisannya. Yup, we love his writings a lot.

“Taknak, nak dari kau sndiri.”

Aku mengalihkan pandangan ke tabir hitam yg memisahkan ruang lelaki dan perempuan di surau itu.

“Eh dia ni. Org tanya dia senyap pulak.”
“Aku tengah fikir la. Jap la.”
“Hmm, yelahh.”

After around 2 mins, aku bersuara.

“Minat ni mcm.. minat aku dekat 5sos. Haha!”
“Tak habis2 dengan 5sos dia.....“
“Ye ar. Lolz. Dia macam, kau suka kalau ade benda tu, tapi kalau takde pun kau tak kisah. Dia tak deep pun. Surface je.”

“oh okay.”

“Suka ni, macam crush la. Kalau boleh nak nampak je. Kalau takde kau wonder dia kat mana, or macam mana. It’s a lil bit deep, tapi biasa je kot. And since kau suka dia sebab something, kelemahan dia boleh membuatkan kau stop suka kat dia. Fragile.”

“Okay terus.”

I was about to say something when Aida, dorm mate aku, tiba-tiba muncul.
 
"Eh, aira, fina!" dia menegur. “Nak kacau.” Aida duduk di sebelah aku. “ckp psl ape ni?”
“Fina suruh aku bezakan minat suka cinta dgn sayang.”
“Ohh.”

Aku sambung. “Okay. Sayang ni dia lagi deep. Kelemahan dia takkan buat kau stop sayangkan dia. Like, you can accept anything bout him/her, including the flaws. Tapi.. still berkira jgk la.”

“Berkira?” Fina tanya.
“Yeah. Kalau cinta, kau takkan berkira. Kau sanggup buat ape je untuk buat dia bahagia. Apa yang dia suka, kau suka. Apa yang dia taksuka kau pun tak suka. Kalau dia sedih, kau tengah happy pn kau akan rasa sedih. Kalau dia happy, kau tgh sedih pn kau akan rasa happy.”

“Sanggup buat ape je.. even lepaskan dia?” Fina tanya.

Aku terdiam. Aku takpasti mereka perasan atau tak yg riak muka aku berubah.

Aku mengangguk. “Even lepaskan dia..”

“Okay. Aku rasa minat, suka dengan sayang tu aku pernah rasa kot.” Kata fina.

“Cinta?” aku tanya.
“Cinta takpernah.”

“Mak ayah?” aku tanya lagi.

“Entah. Kata orang, kalau sayangkan orang tu, letak kat sebelah. Jangan letak kat hati.” kata Fina sambil meletakkan tangannya di dada.
 
Deep.
 
We'd small talks before fina keluar untuk mengambil wudhu’. Aku dan aida masih di situ. Senyap. Fikiran aku menerawang ke perkara lain sbnrnya. Aku merenung lg tabir hitam di hadapan ku.

“Aira?” aida menegur. “Kenapa?” dia sedar perubahan aku.
 
Aku cuma senyum. “Takde ape.” jawab ku ringkas.
 
Aku bangkit dan terus naik ke tingkat atas surau, tempat perempuan. 

 
**

Usai terawih, kami prep di tingkat atas sufi. Ada yg prep di dm (dewan makan) tp aku decided untuk stay di sini.

Jujur, walaupun kat tangan aku buku dan aku seolah-olah menghafal tp fikiran ku sekali lagi menerawang.
 
Walaupun lepaskan dia
 
Ayat tu terngiang-ngiang.
 
Aida yang dari tadi study di sebelah ku mula bersuara. “Aira fikir ape?”
 
Aku tersedar dia memerhati.

..

“Soalan fina tadi,” aku jawab. “Aku taktau ape yg aku rasa tu sayang, atau cinta.”
 
Aida memahami siapa yg aku maksudkan.
 
“Pada aida, sayang ni kat sama jantina. Mcm aira dgn fara & iera.”

Aku senyum. Ya, dua org tu mmg sahabat yg paling aku sayang.

“Tapi kalau aira cakap sayang pada lain jantina.. aida rasa itu cinta,"

Aku masih senyap, memandang aida. Pandangan 'are you sure?'

..

"Apa yg Aira rasa pada dia tu cinta.” Aida sambung.
 

Mungkin sbb aku decided untuk separate for our own happiness? Honestly, I never knew what love is.

But if I ever felt something close to love, it's because of him.
And if I ever felt something close to heartbreak, it's also because of him.

..

Minda dan hati aku berkecamuk. Air mata aku bergenang. “Aku rasa ternoda..” Cuma itu yg mampu aku luah.
 
Cinta itu suci. Dan aku telah nodainya dengan tak meletakkannya pada Allah & Rasulullah, hatta pada ibu bapa. tapi pada seseorang yg aku langsung takde hak ke atas dia.
 
Air mata mengalir deras. Buku di tutup. Aku cuba berhentikan tapi..

“Sekurang-kurangnya aira pernah rasa ‘cinta’,” Aida cuba positifkan.
 
Aku menyeka setiap titisan air mata yg mengalir.

“Aku masih rasa ternoda.”

..

Thursday 19 May 2016

Eyes

Sekeping jiwa yg penuh dengan kemahuan. Hakikatnya..

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bg kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bg kamu..." (2:126)

Fitrah manusia yg selalu leka dgn dunia. Menginginkan apa yg zahirnya sempurna. Mata kepala mendahului mata hati.

Ini semua biasa.

Thats why kdg kita perlu stop seketika, take a moment and think evertyhing He's set for us selama ni. Supaya keyakinan kita kuat pada Dia.
Supaya jiwa kita tidak dipandu oleh mata zahir semata.


Sbb Dia lebih Mengetahui akan ciptaan Nya.