Friday 1 July 2016

Like, Crush, Love,... Love?




I dont use real names in this true story.

***

Aku berjalan menuju ke sufi (surau firdaus) selepas mengambil wudhuk. Di hadapan pintu aku terserempak dgn Fina.
 
“Eh, weh.” Dia menegur.
“Yow. Asal?”
“Uhm. Takde ape la. Taktau nak cakap ape.”
“Mengada ar. Nk ckp ape?” Aku tau dia mmg nak ckp something sebenarnya.

Fina macam mencari tmpt.
“Sini lah jap,” Dia mengajak aku masuk ke dalam.

Kami duduk tak jauh dari pintu masuk.

“Aku nak kau bezakan minat, suka, cinta dengan sayang. Versi kau ea, taknak versi org lain.” She said.

Aku tersenyum. “Budak tomato.”

Kami tergelak. Teringat satu bab dlm buku Esc. penulisannya. Yup, we love his writings a lot.

“Taknak, nak dari kau sndiri.”

Aku mengalihkan pandangan ke tabir hitam yg memisahkan ruang lelaki dan perempuan di surau itu.

“Eh dia ni. Org tanya dia senyap pulak.”
“Aku tengah fikir la. Jap la.”
“Hmm, yelahh.”

After around 2 mins, aku bersuara.

“Minat ni mcm.. minat aku dekat 5sos. Haha!”
“Tak habis2 dengan 5sos dia.....“
“Ye ar. Lolz. Dia macam, kau suka kalau ade benda tu, tapi kalau takde pun kau tak kisah. Dia tak deep pun. Surface je.”

“oh okay.”

“Suka ni, macam crush la. Kalau boleh nak nampak je. Kalau takde kau wonder dia kat mana, or macam mana. It’s a lil bit deep, tapi biasa je kot. And since kau suka dia sebab something, kelemahan dia boleh membuatkan kau stop suka kat dia. Fragile.”

“Okay terus.”

I was about to say something when Aida, dorm mate aku, tiba-tiba muncul.
 
"Eh, aira, fina!" dia menegur. “Nak kacau.” Aida duduk di sebelah aku. “ckp psl ape ni?”
“Fina suruh aku bezakan minat suka cinta dgn sayang.”
“Ohh.”

Aku sambung. “Okay. Sayang ni dia lagi deep. Kelemahan dia takkan buat kau stop sayangkan dia. Like, you can accept anything bout him/her, including the flaws. Tapi.. still berkira jgk la.”

“Berkira?” Fina tanya.
“Yeah. Kalau cinta, kau takkan berkira. Kau sanggup buat ape je untuk buat dia bahagia. Apa yang dia suka, kau suka. Apa yang dia taksuka kau pun tak suka. Kalau dia sedih, kau tengah happy pn kau akan rasa sedih. Kalau dia happy, kau tgh sedih pn kau akan rasa happy.”

“Sanggup buat ape je.. even lepaskan dia?” Fina tanya.

Aku terdiam. Aku takpasti mereka perasan atau tak yg riak muka aku berubah.

Aku mengangguk. “Even lepaskan dia..”

“Okay. Aku rasa minat, suka dengan sayang tu aku pernah rasa kot.” Kata fina.

“Cinta?” aku tanya.
“Cinta takpernah.”

“Mak ayah?” aku tanya lagi.

“Entah. Kata orang, kalau sayangkan orang tu, letak kat sebelah. Jangan letak kat hati.” kata Fina sambil meletakkan tangannya di dada.
 
Deep.
 
We'd small talks before fina keluar untuk mengambil wudhu’. Aku dan aida masih di situ. Senyap. Fikiran aku menerawang ke perkara lain sbnrnya. Aku merenung lg tabir hitam di hadapan ku.

“Aira?” aida menegur. “Kenapa?” dia sedar perubahan aku.
 
Aku cuma senyum. “Takde ape.” jawab ku ringkas.
 
Aku bangkit dan terus naik ke tingkat atas surau, tempat perempuan. 

 
**

Usai terawih, kami prep di tingkat atas sufi. Ada yg prep di dm (dewan makan) tp aku decided untuk stay di sini.

Jujur, walaupun kat tangan aku buku dan aku seolah-olah menghafal tp fikiran ku sekali lagi menerawang.
 
Walaupun lepaskan dia
 
Ayat tu terngiang-ngiang.
 
Aida yang dari tadi study di sebelah ku mula bersuara. “Aira fikir ape?”
 
Aku tersedar dia memerhati.

..

“Soalan fina tadi,” aku jawab. “Aku taktau ape yg aku rasa tu sayang, atau cinta.”
 
Aida memahami siapa yg aku maksudkan.
 
“Pada aida, sayang ni kat sama jantina. Mcm aira dgn fara & iera.”

Aku senyum. Ya, dua org tu mmg sahabat yg paling aku sayang.

“Tapi kalau aira cakap sayang pada lain jantina.. aida rasa itu cinta,"

Aku masih senyap, memandang aida. Pandangan 'are you sure?'

..

"Apa yg Aira rasa pada dia tu cinta.” Aida sambung.
 

Mungkin sbb aku decided untuk separate for our own happiness? Honestly, I never knew what love is.

But if I ever felt something close to love, it's because of him.
And if I ever felt something close to heartbreak, it's also because of him.

..

Minda dan hati aku berkecamuk. Air mata aku bergenang. “Aku rasa ternoda..” Cuma itu yg mampu aku luah.
 
Cinta itu suci. Dan aku telah nodainya dengan tak meletakkannya pada Allah & Rasulullah, hatta pada ibu bapa. tapi pada seseorang yg aku langsung takde hak ke atas dia.
 
Air mata mengalir deras. Buku di tutup. Aku cuba berhentikan tapi..

“Sekurang-kurangnya aira pernah rasa ‘cinta’,” Aida cuba positifkan.
 
Aku menyeka setiap titisan air mata yg mengalir.

“Aku masih rasa ternoda.”

..